Product Info

Services

Legal

Siaran Media: G-Shock Dan FAM Lancar Jam Edisi Terhad Kedua

Datuk Haji Hamidin berkata kerjasama kedua bersama CASIO dan G-SHOCK ini menunjukkan skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat sokongan tinggi daripada barisan penaja dan ia tidak boleh disia-siakan oleh pasukan lebih-lebih lagi menjelang kempen Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini di Singapura.

 

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Casio Malaysia atas sokongan yang berterusan terhadap Harimau Malaya.  Kepercayaan mereka terhadap pasukan kebangsaan telah sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan serta semangat para pemain. 

 

“Saya yakin kempen G-SHOCK x FAM edisi kedua ini juga akan disambut baik oleh rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang, menyokong pasukan kebangsaan lebih-lebih lagi Piala Suzuki AFF 2020 bakal bermula bulan hadapan.

 

“Skuad bola sepak kebangsaan perlu menjadikan sokongan daripada barisan penaja serta pemain ke-12, iaitu penyokong Harimau Malaya sebagai inspirasi untuk melakukan yang terbaik sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Singapura nanti,” kata Datuk Haji Hamidin.

 

Jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini akan dijual secara eksklusif menerusi slot pembelian yang akan direbut oleh peminat Harimau Malaya menerusi permainan secara maya pada harga RM699.

 

Dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya, serta pin enamel.

 

Sementara itu, Tezuka-san meluahkan rasa teruja untuk memulakan kempen pembelian G-SHOCK x FAM edisi terhad kedua ini.

 

“Casio ingin mendatangkan sedikit kelainan bagi merancakkan kempen pembelian jam tangan GA-900FAM-1A9 kali ini di mana peminat Harimau Malaya perlu menyertai permainan secara maya di laman web www.gshockpenaltykick.com.my bermula 10 November hingga 11:59 malam, 23 November 2021 untuk mendapatkan slot pembelian.

 

“Seramai 680 pemenang dari permainan berkenaan yang tersenarai di dalam papan pendahulu permainan akan diberikan keistimewaan untuk membuat pembelian jam tangan edisi khas kedua G-SHOCK x FAM ini di mana kami (Casio) akan menghubungi mereka selepas tempoh masa permainan secara maya itu tamat.

 

“Skuad Harimau Malaya merupakan kebanggaan Malaysia dan pasukan ini telah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama di bawah slogan keramat ‘Malaysia Boleh’.

 

“Kami di Casio Malaysia juga turut berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama FAM sekali gus menyokong mereka sepenuhnya apabila skuad Harimau Malaya mengukir nama Malaysia di pentas dunia,” kata Tezuka-san.